Dalam usaha untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan untuk para pemilik Tesla, Tesla Malaysia telah mengumumkan pembukaan stesen Supercharging terbarunya di Pavilion Bukit Jalil. Ini merupakan lokasi ketiga setelah Pavilion KL dan Sunway Pyramid di Lembah Klang.
Stesen Supercharging Pavilion Bukit Jalil merupakan tambahan penting kepada rangkaian Tesla, dengan 6 Supercharger (250 kW, DC) dan 2 Destination Chargers (AC). Dengan tambahan terbaru ini, Malaysia kini mempunyai jumlah 30 Supercharger dan 25 Destination Chargers yang tersebar di bandar-bandar utama, menyumbang kepada aksesibiliti meluas kepada kemudahan pengecasan Tesla.
Dalam keadaan ideal dimana hanya satu model Tesla Model 3 mengecas, ia hanya mengambil masa sekitar 15 minit dengan penambahan jarak sehingga 282 km.
Tambahan pula, pembukaan stesen Supercharging terbaru ini membolehkan pengecasan lintas negara yang telah diaktifkan antara Malaysia dan Singapura. Pemilik Tesla kini boleh menggunakan sokongan integrasi melalui aplikasi mudah alih Tesla, membolehkan mereka untuk menavigasi dengan lancar, ‘precondition’ bateri kenderaan, dan mengakses stesen pengecasan untuk pengalaman yang lancar serta efisyen.
Stesen Supercharging Tesla terletak di B1 Carpark Pavilion Bukit Jalil dan dibuka 24 jam; kadar pengecasan adalah seperti berikut:
Stesen Supercharging Tesla Pavillion Bukit Jalil | ||
---|---|---|
Harga | Isnin – Jumaat | Hari Minggu & Cuti Umum |
Parkir | 2 jam pertama: RM2.00 • Setiap jam seterusnya: RM1.00 • Caj maksimum setiap hari (7am-7am): RM15.00 |
1 jam pertama: RM3.00 • Setiap jam seterusnya: RM1.00 • Caj maksimum setiap hari (7am-7am): RM15.00 |
Pengecas | • Kadar Supercharging adalah RM1.25/kWh • ‘Idle fee’: Sehingga RM4.00/minit ketika stesen Supercharging penuh (100%) |
Dengan stesen Supercharging Pavilion Bukit Jalil, Tesla menegaskan komitmennya kepada pengangkutan mampan dan menyediakan rangkaian yang boleh dipercayai dan efisyen bagi keperluan pengecasan pemilik Tesla.
Baca juga: Lebih 100 unit Tesla Model 3 Highland kini di Malaysia, penyerahan berlangsung di Cyberjaya!
Source: Stesen Supercharging Tesla terkini dibuka di Pavilion Bukit Jalil, menambah enam pengecas DC 250 kW