Dengan pasaran SUV yang makin hangat di Indonesia, Chery Tiggo 5X akan turut diperkenalkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2024 yang akan berlangsung dalam masa beberapa hari sahaja lagi.
SUV segmen B ini akan menyertai saingan yang sinonim dengan Honda HR-V. Menurut Rifkie Setiawan, Ketua Hubungan Awam PT Chery Sales Indonesia (CSI) dalam sidang media IIMS 2024 pada Selasa lepas, ia akan dilancarkan tidak lama selepas tontonan pertama nanti.
Menariknya, dimensi Tiggo 5X sebenarnya lebih besar daripada Honda HR-V. Antara ciri yang ada pada bahagian kabinnya termasuklah, kluster digital 7 inci, infotainment 10.25 inci dengan Apple CarPlay/Android Auto dan penapis udara PM2.5.
Dari segi teknikal, Chery Tiggo 5X dikuasai oleh enjin 1.5L NA (114 PS, 141 Nm) yang menghantar tenaga ke roda depan melalui transmisi CVT.
Juga baca: Chery Malaysia: 1 model ‘mampu milik’ akan dilancar pada S4 2024 – petunjuk kepada Tiggo 4 Pro?
Kembali di Malaysia, Chery untuk tahun ini bakal melancarkan EV Omoda E5 tidak lama lagi dan juga model SUV segmen C iaitu Tiggo 7 Pro. Pada masa yang sama, mereka akan melancarkan sebuah SUV segmen B kompak iaitu Tiggo 4 Pro, nama lain buat Tiggo 5X. Kesemua model ini pernah dipertontonkan di tanah air kita.
Source: Bakal menyaingi Honda HR-V di Indonesia, Chery Tiggo 5X 2024 akan dipertonton di IIMS 2024