Seperti yang anda sudah sedia maklum, syarikat Daihatsu Motor baru-baru ini dibelenggu dengan skandal keselamatan di mana ia melibatkan 174 ketidaknormalan buat seluruh 64 model yang bermula sejak tahun 1989.
Juga baca: Lebih banyak skandal, apa masalah Daihatsu? Puncanya: kegagalan mengikuti falsafah genba Toyota!
Hasil daripada itu, sijil pematuhan yang melibatkan model seperti Daihatsu Gran Max telah dibatalkan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan Jepun (MLIT).
Juga baca: Skandal Daihatsu: Sijil pematuhan Gran Max dan dua model lain dibatalkan selepas ujian keselamatan
Menariknya, jualan Daihatsu di salah satu daripada pasaran terbesar mereka iaitu Indonesia tidak terjejas langsung. Menurut rakan kami dari AutoFun ID, jualan Daihatsu untuk Januari lepas mencecah 16,976 unit, meningkat 12.5% berbanding Disember 2023 (15,085 unit).
Model Daihatsu paling laku di sana untuk bulan lalu pula ialah Daihatsu Sigra (5,319 unit), Gran Max (4,146 unit) dan Terios (2,267 unit).
Disebabkan kereta Daihatsu begitu tahan lasak dan tahan lama, perkara seperti penipuan dari segi keselamatan nampaknya sedikit pun tidak menghilangkan kepercayaan pelanggan di Indonesia.
Juga baca: Daihatsu Terios dah ada model facelift, si kembar Toyota Rush pula mungkin kekal sama?